PLANNER

June 5, 2009

SYAKHSIAH QIADAH DALAM GERAKAN ISLAM

1. Pendahuluan

Beramal dan berusaha untuk menegakkan semula agama Allah dan membangunkan semula khilafah Islamiah ADALAH wajib ke atas setiap muslimin dan muslimat walau di mana mereka berada. Mereka akan berdosa sekiranya mereka tidak berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiyah yang tertegaknya hukum Allah di dalamnya di atas muka bumi ini. Mereka berdosa jika tidak melindungi bumi Islam dan kehormatan umatnya dari pencerobohan musuh-musuhnya. Mereka wajib merampas kembali bumi-bumi Islam yang telah dirampas terutamanya Masjid al-Aqsa. Mereka berkewajiban mencari daerah-daerah baru untuk islam demi mengembangkan agama Allah di seluruh dunia.

2. Amal Jama’i Adalah Wajib.

Berusaha dan beramal untuk Islam sebagaimana di atas sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah Alamiyyah adalah wajib. Untuk itu mewajibkan kita bekerja secara ‘amal jama’i dalam sesuatu jama’ah Islamiyah. Jama’ah Islamiyah pula mestilah tersusun rapi (munazzamah) dan utuh. Adalah mustahil untuk merealisasikan tujuan di atas dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jama’ah yang tersusun rapi. Oleh itu bekerja secara berjama’ah adalah wajib.

3. Ciri-Ciri Amal Jama’i.

One. Bersumberkan dari jamaah. ( صادرا عن جماعة ) …….kerja dalaman / luaran

Two. Jama’ah yang tersusun rapi. ( جماعة منظمة ) …….imarah, taat, baiah, syura

c. Mempunyai matlamat yang tertentu ( لغرض معين )…….. daulah islamiyah

Four. Berdasarkan manhaj yang tertentu. ( وفق منهج معين ) ……wasilah, marhalah dan maudu’.

..

4. Jama’ah Yang Tersusun Rapi.

a. Kepimpinan ( الإمارة )

b. Ketaatan ( الطاعة )

c. Bai’ah ( البيعة )

d. Syura ( الشورى )

5. Peringkat Keanggotaan Dalam Gerakan Islam.

a- Ketenteraan ( جندى )

b- Pimpinan ( قيادى )

c- Ahli Syura ( أهل الشورى )

6. Sifat-Sifat / Ciri-Ciri Khusus Pimpinan.

a- Keimanan yang teguh, yang tidak akan bergoyang dan tidak akan pudar.

[ إنما المؤمنون الذين ءامنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم وأنفسهم فى سبيل الله أولئك هم الصادقون ]

- alHujurat : 15

b- Kefahaman Islam di tahap yang tinggi dan menyeluruh berdasar kitab Allah dan sunnah NabiNya.

c- Keikhlasan yang tinggi/sejati ( الإخلاص الصادق )……….supaya dia menjadi tentera fikrah dan aqidah DAN bukannya tentera kebendaan dan berkepentingan.

جندى فكرة وعقيدة لاجندى غرض ومنفعة

[ وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون ]

- atTaubah : 105

d- Beramal dengan apa yang diucap. [ما لاتفعلون يا أيها ا لذين ءامنوا لم تقولون ]

e- Pergorbanan jihad samada nyawa, harta dan masa.

[ إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة فيقتلون ويقتلون ] …atTaubah : 111

f- Sentiasa berjihad di setiap tempat dan masa ………إما السيادة أو الشهادة

[ من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم ما قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا ]

alAhzab : 23

f- Melatih diri dan melazimkan diri melaksanakan suruhan pada masa senang-susah atau suka-

kerja berterusan untuk mencapai matlamat

n Amal berterusan untuk mencapai matlamat

n Tidak sabar di atas ujian dan bala’ melainkan siddiiqun

n Tidak sempurna kejayaan melainkan sempurna ketaatan dan ukhuwwah yang benar yang tertegak di atas kasihsayang di antara anggota.

7. Penutup

[ وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون ]

atTaubah : 105

والله أعلم

No comments:

Post a Comment