PLANNER

March 20, 2010

USRAH-190310

Pengerusi: Haris bin Binhar
Pembentang 1 : Ahmad Supu (Hadis)
Penbentang 2 : Mujahidin Mat Yasin ( Akidah)-Tidak hadir


Perjalanan Usrah


1) Tilawah Al-Quran

Surah Luqman: Ayat 12-19

Ulasan Tajweed: Ust Sukri Mat
Ulasan Tafseer: Ust yazid Md Jais

2) Pembentangan 1 (Hadis)


Tajuk: Sombong mengikis cahaya iman
Oleh: Ahmad bin Supu

Ulasan Isi: Membawa sebuah hadis yang menyebutkan bahawa seseroang itu tidak akan masul syurga dengan sebab ada sifat sombong dalam hatinya walau sebesar zarah. Maksud sombong itu bukanlah dengan berpakaian cantik tetapi ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain.

RUMUSAN NAQIB

Respons terhadap persoalan:

Berpakaian cantik tidaklah boleh ditafsirkan sebagai kesombongan. Ia merupakan satu cara menunjukkan nikmat Allah SWT kepada kita. Dalam Al-Quran, Allah menceritakan kisah nabi Allah Sulaiman yang mempemerkan kehebatan pembangunan negaranya kepada ratu Saba' sehingga menjadi sebab kepada keimanannya dengan nabi Allah Sulaiman. Demikian juga, Saidina Mu'awiyah telah menggunakan kaedah mempamerkan kehebatan pemerintahannya sebagai Gabenor Syam di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Umar telah menegurnya dan Saidina Muawiyyah telah menghujahkan kewajarannya sehingga diterima oleh Khalifah.

Beberapa rumusan:

  1. Kesombongan adalah disebabkan beroleh kelebihan-kelebihan seperti ilmu, ibadat, kekayaan, pangkat, pengaruh, kecantikan dan sebagainya
  2. Penawar bagi kesombongan adalah mengamalkan "tawadhuk".
  3. Sombong adalah hal yang berbeza dengan ujub walaupun ada persamaan dalam beberapa hal.
  4. Hendaklah sentiasa mengamalkan beberapa rintihan untuk menolak kesombonban sebagaimana yang diamalkan oleh para nabi dan orang soleh.
  5. Hidup berjemaah adalah satu cara menangkis kesombongan. Syaitan suka hidup bersendirian dan sebab itu rasa sombong menyubur dalam dirinya.

Usrah tamat pada jam 11 malam dan dikhatamkan dengan doa Rabitoh dibaca oleh naqib.

March 6, 2010

Usrah-050310

Pengerusi: Ust Fazli Azizuddin
Ayat Tilawah: Surah Ar-Rum: Ayat 51-60
Ulasan Tajweed: Ust Riduan
Ulasan Tafseer Ayat Tilawah: Ust Kama
1) Allah menggunakan nilai yangh tidak serupa dengan nilai yang diletakkan oleh manusia. Mati, pekak dan buta di sisi Allah adalah mereka yang tidak beriman kepada ayat-ayatnya.
2) Allah menjadikan kita dari lemah menjadi kuat, kemudan lemah kembali

Pembentangan 1: Ust Kama
Bidang: Tafsir
Surah : Ali Imran: Ayat 7
Tajuk: Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat

March 5, 2010

SILIBUS USRAH-TAFSIR


TAFSIR AL-QURAN
(20 AYAT PILIHAN)
ISI KANDUNGAN

  1. Mencontohi keimanan Ashabul Ukhdud-Surah Al-Buruj:Ayat 1-9
  2. Jangan Dunia menjadi beban yang menghalang perjuangan-Surah At-Taubah: Ayat 37
  3. Resam Perjuangan memang menempuh kesulitan-Surah At-Taubah: Ayat 42
  4. Masjid Dirar, Satu iktibar Sejarah-Surah At-Taubah: Ayat 107-110
  5. Golongan Berilmu dan para pejuang bergandingan bahu-Surah At-Taubah:ayat 122
  6. Golongan yang berwalikan selain Allah cuma berumah labah-labah-Surah al-Ankabut:Ayat 41
  7. Ibrah dari kisah ahli sihir Firaun-Surah Taha: Ayat 70-76
  8. Syarat-Syarat Istiqamah- Surah Hud:Ayat 112-115
  9. Gesaan bangun malam demi  memantapkan rohani-Surah Al-Muzammil:Ayat 20
  10. Berdakwah dengan metodologi  yang betul- Surah An-Nahlu:Ayat 125
  11. Jangan jadi lebih sesat dari haiwan ternakan-Surah Al-A’Raf: Ayat 179
  12. Jangan mencela orang yang menyembah selain Allah-Surah Al-An’am: 108
  13. Tidak tetap pendirian sebagai ciri-ciri munafiq-Surah An-Nisa: Ayat 142-143
  14.  Mengadap Allah dengan memikul dosa sendiri-Surah  Al-Isra’:Ayat13-15
  15. Fitnah anak dan isteri-Surah At-Tghabun:Ayat  14-18
  16. Kemenangan bukan ditentukan jumlah yang ramai-Surah Al-Baqarah:Ayat 249
  17. Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat di  dalam Al-Quran: Surah Ali Imran :Ayat 7
  18. Dilarang merasa lemah semangat di saat kekalahan-Surah Ali Imran: Ayat 139-140
  19. Mati syahid cita-cita tertinggi-Surah Ali Imran: Ayat 169-171
  20. Berlaku adil dalam semua situasi-Surah Al-Maidah: Ayat 8

SILIBUS USRAH-TILAWAH


SILIBUS
TILAWAH DAN TADABBUR AL-QURAN
USRAH DPPKS
(BAHAGIAN PERTAMA)

  1. Surah Al-Fatihah                      : 1-7
  2. Surah Al-Baqarah                        : 1-5
  3. Surah Al-Baqarah                        : 284-286
  4. Surah Ali Imran                           : 190-194
  5. Surah An-Nisa                              : 102-105
  6. Surah Al-Maidah                         : 18-23
  7. Surah Al-Anam                           : 9-18
  8. Surah Al-Araf                             : 196-206
  9. Surah Al-Anfal                             : 46-52
  10. Surah At-Taubah                         : 1-6
  11. Surah Yunus                                : 79-88
  12. Surah Hud                                    : 38-42
  13. Surah Yusuf                                 : 7-14
  14. Surah Ar-Radu                          : 10-13
  15. Surah Ibrahim                              : 11-18
  16. Surah An-Nahlu                           : 65-70
  17. Surah Al-Isra                              : 1-7
  18. Surah Al-Kahfi                            : 84-97
  19. Surah Maryam                             : 56-64
  20. Surah Taha                                  : 13-37