PLANNER

May 7, 2009

JALAN DA’WAH – طريق الدعوة

MUQADDIMAH

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
[ An-Nahl : 36 ]

Maksud da’wah ialah menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ). Firman Allah:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
( Yusuf : 108 )

Manakala yang dimaksudkan menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ) IALAH mengajak/menyeru kepada agamaNya iaitu ISLAM. Lihat firman Allah:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلامُ

, “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
( Aali Imran : 19 ).

Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah kita rumuskan bahawa da’wah ada usul-usul(dasar-dasar)nya ( أصول الدعوة). Ianya terbahagi empat iaitu :

1- Isi Kandungan Da’wah - مَوضُوعُ الدَّعوَة
2- Penda’wah - الدَّاعِي
3-Sasaran Da’wah - المَدْعُو
4-Method - Wasilah Da’wah - وَسَائِلُ الدعوةِ وَأَسَالِيبُهَا

APA TITIK TOLAK DAKWAH?

Dakwah seharusnya bermula pada jalan DAKWAH para NABI a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kesejahteraan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah bermula dari hati yang sedar bahawa inilah jalan kita, iaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.

Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaitan dan kuncu-kuncunya yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir.


DA’WAH PERTAMA

Da’wah kita adalah bermula dari gema da’wah yang pertama yang sentiasa bergema di dalam hati dan diulang-ulang pada mulut mukminin. Dengan da’wah itu mereka cuba meresapkan KEIMANAN di hati ummat Muslimah serta dizahirkan dalam bentuk amalan harian. Dan juga menghimpunkan hati-hati mereka (ummat Muslimah) atas da’wah. Sekiranya mereka melakukan yang sedemikian itu, ALlah akan menolong dan menunjukkan jalan yang benar. Sekarang kita menuju kepada Iman dan Amal serta Kasihsayang dan Persaudaraan.


MATLAMAT DA’WAH

Matlamatnya hanyalah satu iaitu ALlah.

Kita beriman dan melakukan sesuatu samada keciul atau besar demi kerana mencapai KeredhaanNYA, dengan penuh keyakinan, keikhlasan dan pemusatan. Dari sinilah lahirnya as-Sa’adah. السعادة

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. AzZariyat


………serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; Taubah : 72




PERANAN DAN KEPENTINGAN DA’WAH

Peranannya amatlah besar iaitu untuk memimpin dunia dan manusia seluruhnya agar mengikut Nizam Islam dan ajarannya. Manusia tidak akan aman dan bahagia melainkan dengan Islam.

Ianya tidaklah berperanan dalam sudut tertentu sahaja seperti ibadat, politik dan ekonomi sahaja……kerana ianya tidaklkah bersifat محلية pada tempat atau bangsa tertentu sahaja. Tetapi berperanan dalam seluruh aspek sebagaimana Nabi Muhammad saw diutuskan sebagai رحمة للعالمين .


GANJARAN DA’WAH

Ganjarannya adalah sangat besar iaitu SYURGA yang luas terbentang……

فيها ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولاخطر على قلب بسر

Serta bersahabat dengan Nabi-Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan orang-orang Solih.

Begitu juga selamat daripada api Neraka yang isinya ialah manusia dan batu berhala.


Yang lebih tinggi daripada itu semua ialah Keredhaan ALlah.


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. [at-Taubah : 72 ]



TABIAT DA’WAH


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
AlAnkabut : 2-3

Jalan da’wah tidaklahg dibentangi dengan permaidani merah dan ditaburi bunga-bungaan. Bahkan ianya merupakan jalan yang terpaksa menempuh “penderitaan yang panjang” dan bukan “senang-pendek”.

Ianya adalah pertembungan di antara haq dan batil…..yang menuntut kesabaran, pengorbanan serta menenpuh penderitaan TANPA tergopoh-gapah تعجل untuk mencapai natijah dan tidak mudah berputus asa.

Yang dituntut ialah kerja-amal, sedangkan natijahnya terserah pada ALlah untuk menentukannya.


KEJAYAAN GOLONGAN MUTTAQIN

ALlah Ta’ala akan memberi pertolongan kepada golongan mukmin dan mewariskan bumi ini kepada golongan muttaqin.

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". Al-A’raf : 128



WASILAH AM BAGI PARA DA’I

Iaitu : I- Iman Yang Mendalam – إيمان عميق
ii- Pembentukan Yang Rapi – تكوين دقيق
iii- Kerja Berterusan – عمل متواصل



Dengan wasilah atau jalan inilah dilaksanakan kerja dan diatur langkah . Maka didapatilah Individu Muslim, Rumahtangga Muslim dan Mujtama’ Muslim. Ini menyediakan satu kaedah yang mantap bagi menegakkan Kerajaan Islam….Daulah Islamiyah ‘Alamiyyah….wujudnya khilafah dan memimpin alam dengan izin ALlah. Sebagaimana firman ALlah,

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata…alAnfaal

Kesemuanya saling membantu dan kait mengait. ……..
فلا إيمان بدون عمل وتكوين
ولا مجتمع دون أفراد مسلمين وبيوت مسلمة

Apa jua peninggalan, kecuaian dan kegopohan dalam pembinaan akan menjadi kemerbahayaan yang membawa kepada penyongsangan.

Sepertimana pesan Imam as-Syahid Hasan al-Banna , “ Memetik buah sebelum masak “.



MARHALAH DA’WAH

1- Ta’rif : مرحلة الدعاية والتعريف والتبشير بالفكرة وايصالها إلى الجماهير من طبقات الشعب
2- Pembentukan : مرحلة التكوين وتخير الأنصار واعداد الجنود وتربيتهم من بين هؤلاء المدعوين
3- Pelaksanaan : مرحلة التنفيذ والعمل والانتاج

Ketiga-tiga itu saling mengikat antara satu sama lain.
Ianya hendaklah mengikut tertib iaitu :
i- فلا يكون التكوين سليما دون المعرفة والفهم الصحيح
ii- ولا يتم تنفيذ سليم دون تربية وتكوين سليم

Peringkat Ta’rif adalah sangat penting sekali kerana sebarang kesilapan dalam kefahaman dan makrifat akan mendatangkan natijah yang buruk, menjadikan da’wah jauh daripada langkahnya dan mendatang kesan kepada peringkat yang seterusnya. Antara yang perlu dititikberatkan di peringkat ini ialah :
i- Memberikan kefahaman Islam yang sohih berdasarkan al-Quran , Sunnah Yang Sohih dan sirah as-Salaf as-Solehah.
ii- Menyampaikan da’wah yang syumul serta sempurna tanpa dijuzu’-juzu’kannya.

Peringkat Takwin ialah peringkat pembentukan dan penyediaan individu muslim atau
رجال الدعوة yang ikhlas serta berkelayakan menanggung amanah dan menunaikannya.
Jiwa ketika ini bersifat صوفية
‘Amal ketika ini bersifat جندية
- Proses pertama ialah membentuk dan mengubah diri yang dimulai dari dalam diri من داخل النفس
- Mengosongkan diri (jiwa) daripada sebarang adat dan taqlid jahat, sebaliknya mengantikannya dengan adab-adab Islam dan aklhlaq Islam serta mencanai kehidupan seharian manusia dengan acuan Islam. صبغة الإسلام
- Perubahan dari dalam diri hendaklah disirami oleh Aqudah Tauhid daripada rasa kemanisan iman. Kenudian dihayati dan diamalkan dalam hidup.

Berkata al-Ustaz Hasan al-Hudaibi: أقيموا دولة الإسلام في صدوركم، تقم دولة الإسلام على أرضكم

Individu Muslim yang kita kehendakki ialah Muslim yang Sodid…….Aqidah Sejahtera, Ibadah Sohih, Akhlak Yang Kukuh, Berilmu, Kuat fizikal, mampu bekerja, manfaat untuk orang lain, berjihad dengan nfsu, menjaga waktu dan lain-lain.

Ciri-ciri Muslim Mujahid yang kita kehendakki;
i- Memahami Islam di darjat yang tinggi dan menyeluruh berdasakan al-Quran dan as-Sunnah
ii- Keikhlasan yang tinggi supaya menjadi tentera aqidah dan bukannya tentera manfaah.
iii- Beramal dengan apa yang diucap.
iv- Pengorbanan jihad samada nyawa, harta dan waktu.
v- Sentiasa berjihad di setiap tempat dan masa. اما السيادة أو الشهادة
vi- Melatih dan melazimkan diri melaksanakan suruhan pada masa senang-susah atau suka-benci.


PERSIAPAN / BEKALAN PENDAKWAH( عُدة الداعى )

Seorang pendakwah hendaklah memiliki persiapan dan bekalan yang cukup untuk berdakwah.
Ini kerana jalan dakwah tidak ditaburi dengan bungaan tetapi penuh onak dan duri. Cabaran dan tentangan pastikan akan dihadapinya. Di antara bekalan utama pendakwah ialah:
a- Ilmu/ Kefahaman yang mendalam الفهم الدقيق
b- Iman yang mendalam الإيمان العميق
c- Hubungan berterusan dengan Allah الإتصال الوثيق


KHATIMAH

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Fussilat

والله أعلم










pasapasapaspaspasapasapaspaspasapasapaspaspasapasapaspaspasapasapaspaspasapasapaspaspasapasapaspaspasapasapaspas




TIGA PERISTIWA BESAR DI BULAN RAMADAN

I- NUZUL QURAN
II- GHAZWAH BADR AL-KUBRA
III- FATH AL-MAKKAH