PLANNER

May 17, 2013

Menggalas Perjuangan Yang Masih Jauh

MENGALAS PERJUANGAN YANG MASIH JAUH

Oleh:Ust. Nasaruddin Hasan Tantawi

1. Keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak membuatkan kita sedih apabila keputusannya tidak berpihak kepada kita [ Pakatan Rakyat ] di saat kita sangat dambakan kemenangan ke atas Barisan Nasional .

2. Namun kita tidak boleh berputus asa , jauh sekali untuk kecewa dengan perjuangan yang kita dokong setelah kita yakin bahawa perjuangan ini adalah benar dan suci . Justerukeputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada kita bukan bererti kita kalah atau menyerah kalah

3. Sebaliknya kekalahan kita dalam pilihanraya kecil baru - baru ini membangkitkan kembali semangat untuk terus berjuang denganmemperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan .

4. Sewajarnya kita bersikap positif dansenantiasa optimis terhadap masa depan perjuangan Islam yang kita dokong ini. Tanpa perlu kita saling tuding menuding atau salah menyalah antara satu sama lain , sebaliknya kenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperkasa dan diberi nilai tambah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang .

5. Kita selamanya tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencipta kemenangan bahkan kita mesti miliki keupayaan sendiri untuk melakar peta kemenangan dan tentunya kita mempunyai keistemewaan tersendiri sebagai sebuah Gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan ini.

6. Tanpa memandang rendah pada tahap kekuatan dan kemampuan Barisan Nasional , kita jangan hanya menuding punca kekalahan dalam pilihanraya kepada mereka  , kerana sifat mereka sebagai musuh politik kita , pastinya mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan .

7. Persoalannya kenapa kita boleh dikalahkan oleh mereka sedang mereka juga boleh dikalahkan oleh kita. Sebagai contoh , pasca pilihanraya umum yang lalu [ 2008 ] , kita telah melalui13 kali pilihanraya kecil dan kita Pakatan Rakyat memenangi 8 daripadanya iaitu Permatang Pauh , Penanti , Permatang Pasir , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Kuala Terengganu , Manek Urai dan Sibu . Sementara Barisan Nasional menang 5 kerusi iaitu di Batang Ai , Bagan Pinang , Hulu Selangor , Batu Sapi dan Galas .

8. Senario pilihanraya kecil ini menyaksikan masing - masing parti mempertahankan kerusi  yang telah di menangi masing - masing dalam pilihanraya umum kecuali kerusi Hulu Selangor dan Galas berjaya dirampas oleh Barisan Nasional sementara kerusi  Kuala Terengganu dan Sibu berjaya dirampas olehPakatan Rakyat .

9. Realiti ini menunjukkan kedua - kedua parti tidak boleh berasa selesa dengan kemenanganyang dicapai apalagi untuk angkuh dan congkak dengan sokongan yang diperolehi , kerana politik moden hari ini jelas menunjukkan bahawa , sesebuah parti kini boleh menang dan boleh kalah dengan mudah . Bukan sahaja kerusi tetapi juga kerajaan . Buat masa ini secara realitinya telah  ada 5 buah negeri yang mengalami pertukaran kerajaan malah kerajaan persekutuan juga hampir bertukar tangan apabila kini telah hilang majoriti dua pertiga . Termasuklah kerusi - kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang majoritinya beralih tangan kepada Pakatan Rakyat .

10. Ini adalah fakta yang mesti diinsafi oleh semua termasuk kita , walaupun kita telah berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan selama 20 tahun . Tempoh yang dipertahankan ini bukan untuk dibangga jauh sekali untuk berasa angkuh dan sombong , tetapi ianya diraikan untuk menimbulkan rasa syukur dan insaf betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikulsebagaimana ia dirasai pada hari pertama kita mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada 1990 yang lalu.

11. Kita kalah di Galas dan Batu Sapi saat kita sedang siap menghadapi pilihanraya Sarawak dan juga pilihanraya umum kelak . Saya kira tidak perlu kita ratapi kekalahan yang diterima kerana ia tidak mungkin lagi merubah keputusan , sebaliknya fokus kepada persiapan strategik untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 . Post Mortem yang  teliti , benar dan jujur mesti dibentang untuk memastikan pergerakkan kita dihari esok berjalan lancar sebagaimana dirancang .

12. Usah kita berasa malu dan hina untuk mengakui kelemahan justeru ia tidak menghilangkan sedikit pun kemuliaan kita asal sahaja kita bermaksud lurus dan ikhlas. Malah ini bukan masanya kita mahu menilik "hidung tinggi" dan menggilap "kasut kilat" sebaliknya ini adalah detik dan ketikanya kita merendah diri , mengakui kelemahan , bersedia ditegur dan dimuhasabah serta apa yang paling penting ialah sedia berubah ke arah yang lebih baik .

13. Kita juga mesti realistik . Elakkan sentimen dalam membaca situasi dan jauhi emosional dalam merangka strategi. Mesyuaratlah dengan hati yang damai dan jiwa yang tenang tanpa pra sangka. Bawa jiwa yang setia pada jamaah dan wala' pada perjuangan Islam yang didokong. Bajai ukhuwwah dan rapatkan saff kita . Akur pada fakta dan bertindak dengan bijak berasaskan keputusan jamaei .

14. Sayugianya kita insaf bahawa kemenangan adalah kekal milik Allah swt. Allah jua lah yang akan menganugerahkan kemenangan tersebut . Apa yang kita mahu ialah kemenangan yang dikurniakan secara redha kepada kita bukan kemenangan yang diberi secara istidraj [ beri dalam murka ] .

15. Kekalahan kita di Galas dan Batu Sapi bukan pengalaman pertama yang dialami oleh parti tetapi sejak tahun 51 , entah berapa kali parti kalah namun tidak pernah pula generasi terdahulu patah hati dan semangat dalam meneruskan perjuangan sehinggalah ia diwariskan kepada kita hari ini . Ingatlah perjuangan ini tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak diasaskan pada hari ini . Bukan kita yang memulakan perjuangan ini , maka demikian juga bukan kita  yang akan mengakhiri perjuangan ini .

KEMENANGAN dalam perjuangan Islam.


Oleh: Ust Yusuf Embung (UYE)
 
Bila ramai pejuang Islam mati atau gugur syahid adakah kita dianggap kalah?
Bila banyak bangunan runtuh kena bom adakah kita dikira kalah?
Ikutilah tulisan ini untuk memahami menang atau kalah dalam perjuangan Islam.

•samada kita berjuang di jalan ALLah atau di jalan taghut-syaitan. (HizbuLlah atau Hizbussyaitan). Tak ada istilah "duduk atas pagar" . Itulah pilihan yang kita ada. Lihat firman ALlah dalam surah aali Imran ayat 13;
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu ; satu pasukan ber-perang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pan-dangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehen-dakiNya, dengan memberikan pertolongan-Nya. Sesungguhnya pada peristiwa itu ter-dapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). 

MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariat-Nya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan ber-tanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekua-saan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. :
 
“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.” at-Taubah, ayat 40

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERNOKTAH 

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua faktor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.
•Contohnya Rasulullah s.a.w. : Apabila baginda berdakwah ....supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:
•“Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam..”


•Penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.


KONSEP KEMENANGAN-KEJAYAAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar (haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.

•Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat.

Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat.

Manakala kemenangan al-nasr/ al-fath pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.


A. Kemenangan di Dunia


Allah menjanjikan orang2 yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa DIA akan menjadikan mereka khalifah2 yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang2 yang sebelum mereka: khalifah2 yang berkuasa; dan DIA akan menguat dan mengembangkan ugama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan DIA juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ANNUUR=55

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:
a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.
b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan di Akhirat
•Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.” AS-SAF=10-12
Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:
a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.
b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan.
c) Dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga yang bernama ‘Adn.
C. Kemenangan Adalah Janji Allah
Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.
D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah
•Persoalan pokok dan perkara pnting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.
•Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali ‘Imran dan Surah al-Anfal: 126

Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari ALLAH Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijak. AaLI IMRAN 126 

•Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan. 

•Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan.