PLANNER

June 5, 2009

SOLAT BERJAMA'AH

1. HUKUMNYA

a- Fardu Kifayah bagi setiap buah kampung.

b- Sunnat Muakkad bagi setiap mukmin.

Bersabda Nabi saw, ما من ثلاثة فى قرية ولابدو لاتقام فيهم الصلاة إلا قد استحوذ عليهم الشيطان فعليك بالجماعة فإنما يأخذ الذئب من الغنم القاصية

Maksudnya,” Tidaklah dari tiga orang dari satu kampung atau lembah yang tidak mendirikan solat berjama’ah MELAINKAN telah berkuasa syaitan di atas mereka. Maka hendaklah engkau berjama’ah. Ingatlah serigala akan menangkap kambing yang terpisah dari kumpulannya”

-Abu Dawud & Tirmizi.

2. HIKMAH SOLAT BERJAMA’AH

a- Dapat mengeratkan ukhuwwah Islamiyah tanpa mengira bangsa, kekayaan dan keturunan

b- Dapat bertukar-tukar fikiran.

c- Dapat menyelesaikan masalah secara bersama

d- Dll

3. KELEBIHAN SOLAT BERJAMA’AH

Bersabda RasuluLlah saw, صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة

Maksudnya,{ Solat berjama’ah lebih afdal daripada solat bersendirian

sebanyak 27 darjat}. - Bukhari dan Muslim

4. SOLAT JAMA’AH DI MASJID / DI RUMAH….. SIKIT / RAMAI

Bersabda Nabi saw, فى بيوتكم فإن أفضل الصلاة صلاة المرء فى بيته إلا المكتوبة صلوا أيها الناس

Maksudnya, { Solatlah kamu semua wahai manusia di rumah2 kamu, kerana sesungguhnya seafdal solat ialah solat seseorang di rumahnya MELAINKAN solat fardu}.- Bukhari dan Muslim

Baginda saw bersabda lagi, صلاة الرجل مع الرجل أزكى من صلانه وحده وصلاة الرجل مع الرجلين أزكى من صلاته مع الرجل وما كان أكثر فهو أحب إلى الله تعالى

Maksudnya,{Solat seorang lelaki dengan seorang lelaki lain adalah lebih suci daripada

solatnya bersendirian, dan solat seorang lelaki dengan dua orang lelaki lain

adalah lebih baik daripada solatnya dengan seorang lelaki. Dan jama’ah yang

ramai adalah lebih disukai oleh Allah} - Abu Dawud

5. WANITA DAN SOLAT BERJAMA’AH

Wanita juga disunatkan berjama’ah. Tetapi wanita lebih utama berjama’ah di rumah daripada di masjid. Sabda RasuluLlah saw, لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خيرلهن

Maksudnya, { Jangan kamu menghalang isteri2mu datang ke masjid sedangkan rumah mereka lebih baik bagi mereka}. - Abu Dawud

6. UZUR-UZUR YANG MENGHILANGKAN TUNTUTAN SOLAT BERJAMA’AH

Di antara uzur syar’ie adalah seperti berikut:

a- Hujan yang membasahi pakaian atau badan.

b- Angin yang sangat sejuk atau ribut taufan.

iii- Ketika makanan sedang terhidang manakala perut sedang lapar.

Bersabda Nabi saw, لاصلاة بحضرة الطعام ولا هو يدافعه الأخبثان

Maksudnya, { Tidak ada ertinya solat apabila makanan sedang terhidang dan begitu juga apabila dia terdesak oleh dua yang keji (kencing/berak)}. - Muslim

d- Terdesak sangat untuk buang air besar atau kecil.

e- Kerana atau khuatir keselamatan diri, keluarga dan harta benda.

f- Kerana sakit samada diri sendiri atau keluarga walhal tak ada yang nak menjaganya.

7. ORANG YANG BERHAK JADI IMAM

a- Orang lebih baik bacaannya.

b- Orang yang alim dan faham masalah hukum-hukum agama

c- Orang yang berakhlak mulia

d- Orang yang lebih tua dan seterusnya.

Bersabda RasuluLlah saw yang bermaksud,

“ Hendaklah satu kaum mengangkat seseorang menjadi imam, iaitu mereka yang lebih pandai menbaca Kitab Allah (AL-Quran). Jika sekiranya sama dalam pembacaan maka hendaklah diangkat yang lebih tahu as-Sunnah. Dan jika mereka sama dalam Sunnah maka diangkat siapa yang terdahulu berhijrah. Dan jika sama dalam berhijrah maka hendaklah diangkat siapa yang lebih dahulu masuk Islam. Dan pada satu riwayat, orang yang lebih tua umurnya”. - Muslim

Orang yang makruh jadi Imam dan tidak diangkat solatnya melampaui kepalanya sekalipun ialah…….. ………Orang yang mengimami kaum yang membencinya

………Dua orang yang sedang berbalah

……….Wanita yang dimurkai oleh suaminya

8. HAL-HAL YANG BERSELERAKAN TENTANG SOLAT BERJAMAAH

i-Antara Azan dan Iqamah

Azan dan dan iqamah adalah disunatkan sebelum mengerjakan solat terutama bagi solat berjamaah. Ianya juga sunat untuk bayi yang baru dilahirkan.

Orang perempuan tidak disunatkan azan tetapi disunatkan iqamat apabila mahu solat berjamaah.

Lafaz azan dan iqamah adalah diperakui benarnya oleh Nabi saw apabila seorang sahabat bermimpi (Abdullah bin Zaid bin Abdurrabih alAnsori).

Azan adalah merupakan hak Tok Bilal manakala iqamah adalah hak Imam. Siapa yang azan dialah yang iqamat.

Bagi sembahyang sunat yang disunatkan berjamaah MAKA tiada azan dan tiada iqamah. Iqamahnya digantikan dengan, الصَّلاةَ جَامِعَةseperti solat hari raya.

b- Antara Masbuq dan Muwafiq.

Muwafiq ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan Fatihahnya sebelum imam rukuk, manakala masbuq ialah makmum yang mendapati masa yang tidak cukup untuk menghabiskan Fatihahnya sebelum imam rukuk.

Sempurna satu rakaat apabila sempat rukuk dengan sempurna bersama Imam.

c- Saf Dalam Solat Berjama’ah.

Saf yang paling utama ialah saf depan (saf pertama) terutama di sebelah kanan.

Berkata RasuluLlah saw, لو يعلم الناس ما فى النداء والصف الأول ثم لايجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا

Maksudnya, { Kalau manusia tahu apa yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian tidak memperolehinya melainkan dengan undian, nescaya mereka mengambil undian}. - Bukhari dan Muslim

Saf jangan dibiarkan renggang nanti jadi laluan syaitan.

Saf hendaklah disamakan , pesanan Baginda saw, سووا صفوفكم فإن تسوية الصف من تمام الصلاة

Maksudnya { Samaluruskan saf kamu, sesungguhnya menyamaluruskan saf adalah termasuk kesempurnaan solat}. - Bukhari dan Muslim.

Antara Saf Lelaki, Perempuan dan Kanak-Kanak.

Andaikata berkumpul semua jenis manusia dalam solat berjamaah MAKA yang duduk saf depan ialah orang dewasa, dibelakangnya kanak-kanak, kemudian khunsa dan belakang sekali ialah kaum wanita

d- Antara Takbir dan salam Imam

Makmum hendaklah berniat mengikut Imam dalam Takbirat al-Ihramnya, makmum janganlah mendahului perbuatan imam walaupun sedikit.

Dalam rukun qauli (takbirat al-Ihram dan salam) jangan sekali-kali makmum menyamai atau mendahului Imam kerana hal ini membatalkan solatnya.

e- Ringankan Solat Kerana Makmum

Imam hendaklah sentiasa merai dan peka terhadap siapakah makmumnya…….orang tua, kanak-kanak , orang sakit dan lain-lain. Sabda Nabi saw,

إذا صلى أحدكم للناس فليخفف فإن فيهم الضعيف والسقيم والكبير

وإذا صلى أحدكم لنفسه فليطول ما شاء

Maksudnya, { apabila salah seorang kamu bersolat dgn orang ramai MAKA ringankanlah (baca surah) kerana sesungguhnya di antara mereka ada orang yang lemah, sakit dan tua. Dan apabila solat sendirian MAKA bolehlah dipanjangkan mengikut kehendaknya}. - Bukhari dan Muslim

No comments:

Post a Comment