PLANNER

June 5, 2009

PERANG BADAR - غَزوَةُ بدر الكبرى


Terdapat tiga peristiwa yang besar di bulan Ramadan iaitu ialah (i) Penurunan al-Quran

(نُزُول القرءان ), (ii) Perang Badr ( غَزوَةُ بدر الكبرى ) dan (iii) Pembukaan Kota Makkah

( فَتحُ مَكَّة ). Lihat carta di bawah:

BIL

PERISTIWA

TAHUN

TARIKH

1.

Nuzul al-Quran

(Sukatan/Bahan)

01 Kerasulan (40 Tahun)

17 Ramadan

2.

Qazwah Badr

(Halangan / Jihad)

15 Kerasulan (55 Tahun) - 2 Hijrah

17 Ramadan

3.

Fath Makkah

(Kemenangan)

21 Kerasulan ( 61 Tahun) - 8 Hijrah

10 Ramadan

Inilah susun-galur hidup yang telah dilalui oleh Kekasih Allah Nabi Muhammad saw dan para Sahabat…….Dan inilah juga satu-satunya jalan hidup الصراط المستقيم yang mesti dilalui oleh insan muttaqin di akhir zaman ini.

Pertembungan Aqidah(Iman) & Kufur, Bukan Kerana Bangsa

Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah dan yang satu lagi dari golongan kafir . Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). (Aali-Imran : 13 )

..jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah)

kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya

dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah

Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (alAnfal : 41).

GOLONGAN ISLAM

GOLONGAN KAFIR

HUBUNGAN / CATATAN

a- ‘Ubaidah bin alHarith

b- Hamzah bin A.Mutalib

c- Ali bin Abu Talib

a- ‘Utbah bin Rabi’ah

b- Syaibah bin Rabi’ah

c- alWalid bin ‘Utbah

Hamzah dan Ali dapat mengalahkan lawannya dalam yang singkat. Ubaidah sama2 luka parah, akhirnya syahid.

d- Abu Hauzaifah bin ‘Utbah

d- ‘Utbah bin Rabiah

anak dan ayah.

e- Mus’ab bin Umair

e- ‘Aziz bin Umair

adik beradik

f- Mus’ab bin Umair

f- ‘Ubaid bin Umair

Mus’ab membunuh saudaranya

g- Abu ‘Ubaidah

g- Bapanya

membunuh bapanya sendiri

h- Dll

h- Dll

-

Lemahnya Kita Tanpa Pertolongan ALLAH

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan

Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan

kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu

bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( Aali-Imran : 123 )

BILANGAN

KUDA

BAJU RANTAI

UNTA

ISLAM

313 - 317 org

2 ekor

-

70 ekor

KAFIR

1300 orang

100 ekor

600 helai

sangat banyak

…."Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".(alBaqarah : 249 )

Halangan Dalam Berjuang

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; (Aali-Imran : 14 - 15 )

Berjuang Islam, Wajib Berjama’ah

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Saff : 4 )

والله أعلم

No comments:

Post a Comment