PLANNER

June 5, 2009

HIZBULLAH DAN AL-WALA’

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله قائد الدعاة والمجاهدين وعلى آله وصحبه أجمعين

Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada ALLah kerana dapat bertemu dan meneruskan perjuangan yang suci ini di atas wadah yang suci.

Keduanya , marilah kita mengikhlaskan niat dan tujuan masing-masing hanya semata kerana ALLah. Ingatlah, keikhlasan itulah rahsia kejayaan terbesar umat Islam terdahulu.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Di hadapan kita hanya ada dua pilihan sahaja ……..

samada kita memilih menjadi hamba ALlah atau hamba syaitan,

samada memilih taatkan ALLah atau taatkan syaitan.

Di sana tidak ada jalan yang ketiga, keempat dan seterusnya.

Memilih jalan ALlah bermakna selamat. Memilih jalan syaitan bermakna laknat.

Firman ALLah Ta’ala;

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. Al-mujadalah

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Sahabat-sahabat muslimin dan muslimat sekalian,

Sudah tentu kedua-dua golongan, puak, parti dan jama’ah mempunyai perbezaan yang sangat nyata dan jelas.

Perbezaan matlamatnya, halatujunya, pendokong-pendokongnya, rujukannya dan lain-lain lagi………..samada dari segi teori dan amalinya.

HizbuSyaitan dan pengikutnya membawa manusia ke …….MURKA ALlah dan NERAKA.

HizbuLlah dan pendokongnya membawa manusia ke……….REDHA ALlah dan SYURGA.

Jadi kita berjuang, berjihad, berdakwah, berkempen dan sebagainya ialah untuk memastikan kita dan anak isteri kita selamat daripada NERAKA dan MURKA ALlah.

يا أيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا

“ Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka”. At-Tahrim : 6

Ciri- Ciri Pejuang HizbuLlah

Mari kita melihat bagaimana ALLah mencirikan mereka yang layak menjadi anggota HIZBULLAH dan berwala’ dengan wala’ yang tulin;

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. Al-Maidah 54-56

i- يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ - Iman, Matlamat(ikhlas) dan cinta

- Iman sebagai penggerak dan pendorong amal.

- ALlah menjadi matlamat ( الله غايتنا )

- Jauh dari sifat mazmumah spt ananiyyah, riya’ dll.

- Sifat yang menafikan adanya MA’UNAH daripada ALLah.

ii- أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَPersaudaraan dan k/sayang.

- Ukhuwwah di atas nama aqidah tauhid yg Satu.

- Bukannya berdasarkan harta, bangsa dan negara ( mesti orang Pahang aje….. yg lain tinggal tahi)

- Lihat sahabat2 Ansor dan Muhajirin.

iii- أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ- Ketegasan dan mulia diri

iv- يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ - Pergorbanan jiwa, harta dan masa

- tidak akan lahir pergorbanan tanpa iman yg jitu

- mestilah merasai dunia ini sementara, di sisi Tuhanlah yang kekal.

v- وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ- Keberanian hadapi risiko/mihnah

- golongan yang melihat hanya ALLah yang Maha Kuat dan Kuasa

- golongan yang cintakan MATI lebih daripada HIDUP

Sesungguhnya Islam telah berjaya melahirkan manusia yang sanggup berkorban apa sahaja demi kerana ALlah untuk perjuangan yang suci.

Di abad2 lalu lahirnya insan mujahid yang masih muda usianya :

Sayyiduna Ali ……… 20an tahun

Usamah bin Zaid …….mencecah umur 18 tahun

Muhammad bin al-Qasim……..linkungan umur 18 tahun, masuk ke India.

Kita bagaimana???????

Setengahnya …….kerana sibuk berjuang hampir lupa kepada “Nikmat Dunia Yang Besar”…….. tak kawin. Lihat Imam an-Nawawi, lihat Sayyid Qutub rhm.

Al-Wala’ dan Al-Bara’

Untuk itu kita hendaklah memahami soal Al-wala’ - Al-Bara’.

Al-Wala’ ialah meletakkan kesetiaan dan kepatuhan kita hanya kepada ALlah, Rasul dan para mukmin serta jama’ah.

Al-Bara’ ialah membebaskan diri daripada belenggu dan ikatan syaitan, toghut, kedurhakaan dan lainnya.

Meletakkan kesetiaan wala’ hanya kepada ALlah, Rasul, Para Mukmin dan Jama’ah .

- Sesiapa yang mengambil ALLah sebagai MAULA maka

· cukuplah ALLah sebagai tempat berlindung

· merasa cukup dan kaya denganNya

· yakin dgn janji ALlah untuk beri pertolongan.

- RasuluLlah saw sebagai ikutan dan qudwah hasanah di sepanjang zaman

- PAS adalah sebuah jamaah 2 dalam 1.

· PAS sebagai Harakah Siyasah

· PAS sebagai Harakah ad-Dakwah

Maka jangan ada di kalangan kita yang tidak telus dengan Parti dan Jama’ah PAS. Sesungguhnya ALLah tidak menjadikan bagi setiap manusia dua hati dalam satu dada.

Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya……. Al-Ahzab : 4

Perjalanan Yang Jauh

Sesungguhnya kerja-kerja Islam yang sedang kita lalui tidaklah dibentangkan dengan permaidani merah atau ditaburkan dengan bunga-bunga. Jalan ini adalah jalan yang penuh ranjau dan duri. Sudah ramai mereka yang gugur dalam perjalanan dakwah ini.

المتساقطون على طريق الدعوة

Maksudnya, “Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). at-Taubah ayat 42

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. At-Taubah : 44 - 45

سيروا على بركة الله


No comments:

Post a Comment