PLANNER

November 12, 2012

LAPORAN MENGENAI USRAH 2012

Usrah DPPKS bagi tahun 2012 telah berlangsung sebagaimana adanya. Seperti tahun sebelumnya, ia diadakan pada hari Jumuat (malam) dan bermula sekitar jam 8.30 malam hingga jam 10.00 malam. Lokasi usrah berbeza-beza mengikut kesediaan ahli usrah dan mood.

Laporan penuh akan dimasukkan dalam buku muktamar.


May 21, 2011

USRAH 200511

TEMPAT: Rumah Keluarga Abu Izz, kg. Gum-gum


Penegrusi : Safarullah

Pembentangan: Abu Izz
turut dihadiri oleh beberapa orang pemuda sekitar.
Tajuk pembentangan: Apa erti saya menganut Islam.

January 1, 2011

Usrah pertama 1432

Usrah semalam adalah usrah terakhir tahun  2010 tetapi merupakan usrah pertama 1432. Pengerusinya adalah Sdr Saparuddin Lakalla dan pembentangnya adalah Ust Kamaruddin Wahab (tafseer) dan Sdr Haris bin Bahar (Sirah). Ayat tilawah yang dibacakan ialah ayat 1-31 Surah Al-Mudasthir dengan bimbingan bacaan oleh Ust Abd Ghani Hasan. Bahagian Tafseer, ust Kamaruddin membawakan surah Al-Hasyar, ayat 18-21, membicarakan soal muhasabah diri (re-evaluasi) manakala Sdr Haris membincangkan mengenai Hijrah Rasul ke Taif dan ibrahnya.

Usrah dirumuskan oleh Ust Kamaruddin dengan menjawab soalan ahli ustah mengenai maksud khalifah Allah dan menitipkan beberapa point.

a) kepentingan usrah.
b)Kepentingan hidup berjemaah untuk menjemput cinta Allah.
c) Aluan untuk generasi baru ahli usrah.
d) Kepentingan membina fikrah maknawiyyah.

Usrah minggu hadapan akan dipengerusikan oleh Sdr Haris dan pembentangan hadis oleh USt Wan Zulkifli dan Isu Semasa oleh Mohd faizal bahauddin.

Selepas usrah, ahli usrah turun ke bandar untuk menyebarkan risalah sempena malam sambutan tahun baru.

August 7, 2010

USRAH

TARIKH: 6 OGOS 2010
TEMPAT:  RUMAH AHMAD SUPU
PENGERUSI: HARIS BIN BAHAR
PEMBENTANG:
1) Saparuddin bin Lakalla (Tafsir)
2) Salleh Entu ( Akidah)

Rumusan

1) Hendaklah membersihkan hati agar tidak menenggung dosa dengan manusia lain dan dengan itu mengelakkan diri menjadi muflis di akhirat

2) Sisitem pilihanraya adalah Syar'i

3) Akidah Islam itu mudah dan ia untuk diyakini dan diamalkan.


June 25, 2010

BAHAN USRAH: TAFSIR-ISRAK MIKRAJ


BAHAN USRAH (TAFSIR)
Tajuk: Israk Dan Mikraj

 (سورة الإسراء)

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ (١)

Terjemahan:

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. 
(Al-Israk 17:1)
   
Beberapa Pendapat Tentang Israk Dan Mikraj:

1.       Manusia berbeda pendapat tentang kejadian Israk dan Mikraj. Ada yang mengatakan bahwa peristiwa itu berlaku dengan jasad dan roh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dan ada pula yang berpendapat hanya dengan roh tanpa jasad.

2.       Sebahagian mereka mengatakan peristiwa itu dilalui olih baginda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dalam keadaan mimpi, dan ada pula yang mengatakan bahwa peristiwa itu berlaku dalam keadaan jaga dan bukan dalam tidur.

3.       Dalam hal ini, menurut kebanyakan (jumhur) ulama; Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dengan jasad dan roh baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) serta dalam keadaan jaga, Israk dan Mikraj adalah salah satu mukjizat (perkara luar biasa yang diberikan olih Allah kepada RasulNya) dengan tujuan untuk memperkokoh kedudukan kerasulannya.

 Tafsiran Ayat:

Maha Suci Allah:

Allah SWT mensucikan diriNya, Allah mengagungkan urusanNya karena kodrat atau kuasaNya yang tiada tolok bandingannya. Tidak ada seorangpun yang dapat mengatasi kemampuanNya.

Biasanya penggunaan kata TASBIH adalah untuk menyatakan keagungan sesuatu. Sesuatu ayat jika diawali olih tasbih biasanya untuk menyatakan perkara yang besar dan agung. Dan kalaulah seseorang itu tidak benar-benar mensucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak bagiNya, maka sudah pastilah mereka tidak akan dapat mempercayainya.

Tetapi sekiranya sudah sempurna TASBIH (pensuciannyaterhadap Allah SWT) maka mereka akan dapat menerima hakikat itu. Malahan lebih daripada itupun mereka bolih percaya. Ini sebagaimana sikap Abu Bakar, yang sempena peristiwa inilah beliau akhirnya mendapat gelaran Ash-Shiddiq.

Dan kalaulah peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dengan roh dan dalam mimpi, maka tidak perlulah ayat tersebut diawali dengan TASBIH karena itu adalah perkara biasa dan semua orang dapat melakukannya dengan mudah. Dan jika demikian tidak timbullah peristiwa murtad beramai-ramai daripada kalangan sahabat yang baru memeluk Islam.
  
Yang Telah Memperjalankan HambaNya Pada Suatu Malam:

Penggunaan kata ( أَسْرَى ) adalah khas untuk menyatakan perjalanan itu berlaku pada waktu malam. Sedangkan kata hambaNya (بِعَبْدِهِ) ini memperkuat dalil bahwa peristiwa itu berlaku dengan roh dan jasad. Karena kata (عَبْدٌ ) artinya hamba dan setiap hamba mestilah terdiri daripada dua unsur jasmani dan rohani.
 Sedangkan kata (لَيْلاً ) artinya pada waktu malam. Dan karena kata tersebut dinayatakan dalam bentuk nakirah (tanpa alif laam) maka menurut kaedah bahasa ia memberi faedah untuk menyatakan sebahagian (  لِلّتَبَعِيْض) iaitu segelintir malam, bukan semalaman penuh.

 Daripada Masjid Al-Haram Ke Masjid Al-Aqsa:

Perjalanan Israk adalah daripada Masjid Al-Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin. Sedangkan perjalanan Mikraj pula ialah daripada Masjid Al-Aqsa naik ke langit yang tujuh dan selanjutnya ke Sidratul Muntaha dan seterusnya menemui Allah SWT.

 Yang Telah Kami Berkati Sekelilingnya:
 Maksudnya: Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya (Syam) telah mendapat berkat daripada Allah. Keberkatan kawasan ini ada dua jenis iaitu; Pertama: Barakah Hissiyah (keberkatan fisikal) iaitu dengan menyuburkan tanahnya. Kedua: Barakah Maknawiyah iaitu dengan menurunkan di negeri itu kebanyakan nabi-nabi.

 Agar Kami Perlihatkan Kepadanya Sebahagian Daripada Tanda-tanda (Kebesaran) Kami:

Dari ayat di atas dapat disimpulkan bahwa di antara tujuan Allah mengisrakkan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) adalah untuk memperlihatkan kepada baginda segelintir daripada tanda-tanda kebesaranNya.

Di antara gambaran yang diperlihatkan olih Allah kepada Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dalam perjalanan Israk dan Mikraj ialah:

  1. Nenek tua yang memanggil-manggil Nabi (sallallahu alaihi wasalam). Ini adalah gambaran umur dunia. Sebagaimana sisa umur nenek tersebut begitulah lebih kurang sisa umur dunia ini.

  1. Kaum yang dihadapannya ada daging yang baik dan daging yang busuk, lalu ia makan daging yang busuk. Ini gambaran manusia yang lebih suka memuaskan nafsunya dengan cara yang haram daripada cara yang halal.

  1. Kaum yang memukul-mukul kepalanya sendiri dengan batu tajam. Ini gambaran manusia yang malas melakukan salat wajib.

  1. Kaum yang mengguntingkan lidahnya sendiri. Ini gambaran orang yang pandai bercakap tetapi tidak berbuat.

  1. Kaum yang mengangkat kayu api. Semakin berat dirasakannya tetapi semakin ditambahnya lagi bebanannya itu. Ini gambaran manusia yang gila kuasa. Walaupun ia tidak mampu melaksanakan tugas-tugas yang ada, namun ia tetap ingin dan ambisi untuk mengejar jawatan dan tugas yang lain.

  1. Kawasan perkuburan yang harum semerbak baunya. Ini gambaran kuburan Nasyithah dan keluarganya iaitu tukang sisir anak Fir’aun yang direbus dalam kawah minyak karena teguh mempertahankan tauhidnya.

  1. Kaum yang memotong-motong daging rusuknya sendiri yang kanan dan kiri. Inigambaran yang suka memfitnah dan mengumpat dan mencaci orang Islam lainnya.
  
Sesungguhnya Dia Adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat:

 Allah Maha Mendengar segala perbualan orang-orang Quraisy yang mendustakan cerita Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) itu. Dan Dia Maha Melihat segala gerak-gerik orang-orang Quraisy yang telah membuat beberapa isyarat sebagai tanda pendustaan mereka terhadap berita yang disampaikan olih baginda (sallallahu alaihi wasalam).

 Mikraj:

Adapun Mikraj pula ialah alat untuk naik. Kalau Israk baginda menonggang Buraq. Maka Mikraj pula dengan menggunakan mikraj (tangga suci) sambil diiringi olih Jibrail iaitu daripada Masjid Al-Aqsa ke langit.

Sesampainya di langit pertama, Jibrail memberi salam kepada penjaga pintu langit pertama. Dia bertanya: Siapa kamu? Jibrail menjawab: Jibrail. Ditanya lagi: Siapakah orang yang bersamamu itu? Jawab Jibrail: Muhammad Rasulullah. Demikianlah pada setiap langit.

Di langit pertama baginda menemui Nabi Adam. Di langit kedua bertemu Nabi Yahya dan Isa. Di langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf. Di langit keempat bertemu dengan Nabi Idris. Di langit kelima bertemu dengan Nabi Harun. Di langit keenam bertemu dengan Nabi Musa dan di langit ketujuh bertemu dengan Nabi Ibrahim.

 Baginda meneruskan lagi perjalanannya hingga ke Sidratul Muntaha. Malaikat Jibrail tidak dibenarkan untuk naik ke tempat yang lebih tinggi lagi. Akhirnya Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) naik sendiri tanpa iringan Jibrail untuk menemui Allah SWT.

Disanalah baginda menerima perintah salat 50 kali sehari semalam. Dan setelah kembali, atas nasihat dan saranan Nabi Musa, baginda Rasul naik lagi menemui Allah untuk mendapat keringanan yang akhirnya hanya tinggal 5 waktu sehari semalam.
  
Beberapa Pengajaran Dari Peristiwa Israk Mikraj:

1.      Betapa hebatnya kedudukan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dibandingkan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang lain. Peristiwa semacam ini tidak pernah dilalui olih para rasul yang lain. Malahan ketika di Masjid Al-Aqsa baginda disuruh olih Jibrail supaya mengimami semua rasul terdahulu.

2.      Betapa tingginya kedudukan perintah salat sehingga mesti diambil sendiri secara langsung olih baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) dari sisi Allah SWT.

3.      Semua gambaran yang diperlihatkan kepaa baginda (sallallahu alaihi wasalam) adalah mengandungi pengajaran secara tersendiri

April 24, 2010

USRAH 230410

Pengerusi: Ust Mujahidin Mat Yasin
Pembentang 1 : Ust Sukri Mat
Penbentang 2 : Tak hadir

PERJALANAN USRAH

1) TILAWAH AL-QURAN

Surah Al-Ahzab : Ayat 7-15
Ulasan Tajweed: Ust Abd Ghani Hasan
Tafseer: Ust Mujahidin Mat Yasin

2) PEMBENTANGAN 1

Tajuk: Kaab bin Malik dipulau


ULASAN TAMBAHAN AHLI USRAH




RUMUSAN NAQIB USRAH

1)Setiap ahli usrah hendaklah mengamalkan meminta maaf atas ketidak hadiran dalam program jemaah. Permohonan maaf kerana tidak dapat hadir boleh dibuat melalui SMS.

2) Setiap ketidakhadiran program jemaah perlu dipikulkan atas diri sendiri rasa bersalah. Kaab membayar dengan hartanya untuk menghilangkan rasa bersalahnya. Oleh itu ahli jemaah hendaklah mendebdakan diri sendiri dengan bayaran tertentu atas setiap ketidakhadiran.

March 20, 2010

USRAH-190310

Pengerusi: Haris bin Binhar
Pembentang 1 : Ahmad Supu (Hadis)
Penbentang 2 : Mujahidin Mat Yasin ( Akidah)-Tidak hadir


Perjalanan Usrah


1) Tilawah Al-Quran

Surah Luqman: Ayat 12-19

Ulasan Tajweed: Ust Sukri Mat
Ulasan Tafseer: Ust yazid Md Jais

2) Pembentangan 1 (Hadis)


Tajuk: Sombong mengikis cahaya iman
Oleh: Ahmad bin Supu

Ulasan Isi: Membawa sebuah hadis yang menyebutkan bahawa seseroang itu tidak akan masul syurga dengan sebab ada sifat sombong dalam hatinya walau sebesar zarah. Maksud sombong itu bukanlah dengan berpakaian cantik tetapi ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain.

RUMUSAN NAQIB

Respons terhadap persoalan:

Berpakaian cantik tidaklah boleh ditafsirkan sebagai kesombongan. Ia merupakan satu cara menunjukkan nikmat Allah SWT kepada kita. Dalam Al-Quran, Allah menceritakan kisah nabi Allah Sulaiman yang mempemerkan kehebatan pembangunan negaranya kepada ratu Saba' sehingga menjadi sebab kepada keimanannya dengan nabi Allah Sulaiman. Demikian juga, Saidina Mu'awiyah telah menggunakan kaedah mempamerkan kehebatan pemerintahannya sebagai Gabenor Syam di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Umar telah menegurnya dan Saidina Muawiyyah telah menghujahkan kewajarannya sehingga diterima oleh Khalifah.

Beberapa rumusan:

  1. Kesombongan adalah disebabkan beroleh kelebihan-kelebihan seperti ilmu, ibadat, kekayaan, pangkat, pengaruh, kecantikan dan sebagainya
  2. Penawar bagi kesombongan adalah mengamalkan "tawadhuk".
  3. Sombong adalah hal yang berbeza dengan ujub walaupun ada persamaan dalam beberapa hal.
  4. Hendaklah sentiasa mengamalkan beberapa rintihan untuk menolak kesombonban sebagaimana yang diamalkan oleh para nabi dan orang soleh.
  5. Hidup berjemaah adalah satu cara menangkis kesombongan. Syaitan suka hidup bersendirian dan sebab itu rasa sombong menyubur dalam dirinya.

Usrah tamat pada jam 11 malam dan dikhatamkan dengan doa Rabitoh dibaca oleh naqib.