Terdapat tiga peristiwa yang besar di bulan Ramadan iaitu ialah (i) Penurunan al-Quran
(نُزُول القرءان ), (ii) Perang Badr ( غَزوَةُ بدر الكبرى ) dan (iii) Pembukaan Kota Makkah
( فَتحُ مَكَّة ). Lihat carta di bawah:
BIL | PERISTIWA | TAHUN | TARIKH |
1. | Nuzul al-Quran (Sukatan/Bahan) | 01 Kerasulan (40 Tahun) | 17 Ramadan |
2. | Qazwah Badr (Halangan / Jihad) | 15 Kerasulan (55 Tahun) - 2 Hijrah | 17 Ramadan |
3. | Fath Makkah (Kemenangan) | 21 Kerasulan ( 61 Tahun) - 8 Hijrah | 10 Ramadan |
Inilah susun-galur hidup yang telah dilalui oleh Kekasih Allah Nabi Muhammad saw dan para Sahabat…….Dan inilah juga satu-satunya jalan hidup الصراط المستقيم yang mesti dilalui oleh insan muttaqin di akhir zaman ini.
Pertembungan Aqidah(Iman) & Kufur, Bukan Kerana Bangsa
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di
..jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah)
kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya
dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (alAnfal : 41).
GOLONGAN ISLAM | GOLONGAN KAFIR | HUBUNGAN / CATATAN |
a- ‘Ubaidah bin alHarith b- Hamzah bin A.Mutalib c- Ali bin Abu Talib | a- ‘Utbah bin Rabi’ah b- Syaibah bin Rabi’ah c- alWalid bin ‘Utbah | Hamzah dan Ali dapat mengalahkan lawannya dalam yang singkat. Ubaidah sama2 luka parah, akhirnya syahid. |
d- Abu Hauzaifah bin ‘Utbah | d- ‘Utbah bin Rabiah | anak dan ayah. |
e- Mus’ab bin Umair | e- ‘Aziz bin Umair | adik beradik |
f- Mus’ab bin Umair | f- ‘Ubaid bin Umair | Mus’ab membunuh saudaranya |
g- Abu ‘Ubaidah | g- Bapanya | membunuh bapanya sendiri |
h- Dll | h- Dll | - |
Lemahnya Kita Tanpa Pertolongan ALLAH
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan
Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan
kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu
bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan
( Aali-Imran : 123 )
| BILANGAN | KUDA | BAJU RANTAI | UNTA |
ISLAM | 313 - 317 org | 2 ekor | - | 70 ekor |
KAFIR | 1300 orang | 100 ekor | 600 helai | sangat banyak |
…."Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".(alBaqarah : 249 )
Halangan Dalam Berjuang
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; (Aali-Imran : 14 - 15 )
Berjuang Islam, Wajib Berjama’ah
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Saff : 4 )
No comments:
Post a Comment